Peta Tropika Terbaru 4x4 PUBG Akan Mulai Diuji Pada Isnin Ini

Peta ketiga bagi permainan PlayerUnknown's Battlegrounds yang diacahkan pada minggu lalu, diberi kod nama 'Savage' bakal diuji bermula pada 2 April ini. Walaubagaimanapun, ujian tersebut akan dilakukan secara terhad kerana ia masih lagi berpada di peringkat Alpha.

Peta 4x4Km berasaskan pulau Tropika itu akan diuji awal bagi membolehkan para pemain memberikan maklumbalas secepat mungkin. Ini juga akan memudahkan pembangun melakukan sebarang perubahan  mengikut maklumbalas yang akan diterima.

Keputusan menguji peta tersebut dengan lebih awal dilihat berpunca daripada reaksi pemain yang tidak berapa menyukai peta kedua permainan tersebut iaitu Miramar. Peta Miramar dikatakan terlalu terbuka sehingga ia kurang menyeronokkan. Hal ini menyebabkan pemain lebih terdorong untuk bermain pada peta asal iaitu Erangel.

Dikuasakan oleh Blogger.