Persembahan Sempurna - Team Secret Kekal Gelaran Juara Dreamleague

Kejohanan Dota 2 Minor, Dreamleague Musim Ke-9 berakhir dengan juara bertahan, Team Secret memperoleh gelaran juara kedua berturut turut dengan menewaskan pasukan Fnatic.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di dalam format terbaik daripada 5 siri perlawanan itu, pasukan Secret memperlihatkan mengapa mereka antara pasukan terbaik musim ini dengan tidak langsung memberi peluang kepada pasukan Fnatic untuk menewaskan mereka.

Siri perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan bersih 3-0 memihak kepada pasukan Secret. Kemenangan ini turut sama memastikan pasukan Secret mengakhiri pusingan playoff kejohanan ini dengan sempurna tanpa tewas walau satu siri perlawanan.

Sebagai juara, pasukan Secret membawa pulang 150 mata kelayakan Dota 2 Pro Circuit (DPC) dan USD125,000 (~RM489,000). Bagi pasukan Fnatic pula, walapun gagal memperoleh gelaran juara pertama mereka musim ini, semenjak Universe menyertai pasukan itu, mereka mulai menunjukkan bahawa mereka kini bukanlah pasukan yang boleh dipandang rendah.

Fnatic akan pulang dengan 90 mata kelayakan dan USD70,000 (~RM274,000). Tempat ketiga dan keempat kejohanan pula dimiliki oleh pasukan Liquid dan Newbee. Liquid menamatkan kejohanan ini dengan 45 mata kelayakan DPC manakala pasukan Newbee dengan 15 mata kelayakan DPC. Kedua dua pasukan juga memperoleh hadiah wang sebesar USD30,000 (~RM117,000).

Dikuasakan oleh Blogger.