Perincian Sistem Francais Liga LCS Eropah Didedahkan - Akan Bermula Pada Tahun 2019

Liga LCS Eropah bakal mengikut jejak langkah liga LCS Amerika Utara dan China untuk menngunakan sistem francais. Menerusi laman rasmi Liga LCS Eropah, Riot telah berkongsikan pelan perancangan mereka untuk bertukar ke sistem baharu ini yang bermulakan pada tahun 2019.

Seperti mana sistem francais LCS Amerika Utara, matlamat Riot bagi liga LCS Eropah masih sama iaitu bagi mencipta sebuah liga yang stabil dan mempunyai  huubungan yang kuat diantara peminat, pasukan dan liga itu sendiri.

Dengan menjadi liga berasaskan francais juga, hubungan antara pasukan dan liga kini boleh diperkukuhan sekaligus membolehkan keuntungan liga dikongsikan dengan lebih baik. Pasukan juga kini tidak lagi perlu takut untuk diturunkan taraf.

Selain daripada pasukan, pemain juga akan menerima manfaat yang lebih baik dibawah sistem baharu ini. Pertama sekali, pemain profesional kini akan menerima gaji minimum sebanyak €60,000 (~RM287,000) setahun. Mereka juga akan disertakan sekali didalam struktur perkongsian keuntungan liga membolehkan mereka menerima pendapatan tambahan selain daripada gaji asas.

Struktur perkongsian keuntungan liga ini yang digelar sebagai Kumpulan Keuntungan Liga (League Revenue Pool - LRP) akan mempnyai tiga elemen utama iaitu bahagian pemain, pasukan dan Riot.

Didalam LRP ini, pemain akan menerima bahagian sebesar 35% dimana ia akan digunakan untuk membayar gaji pemain. Jika liga berjalan dengan baik dan mempunyai keuntungan yang tinggi daripada yang dipelukan untuk gaji mereka, ia akan dibahagikan kepada kesemua pemain secara sama rata.

Bagi pasukan pula, mereka akan menerima bahagian sebesar 32.5%. Sebahagian daripada bahagian itu akan diberikan sama rata kepada semua pasukan/organisasi dan sebahagian lagi akan diberikan mengikut metrik penglibatan dan kompetitif.

Baki 32.5% akan dimiliki oleh Riot bagi dana produksi siaran, acara langsung dan bagi menjalankan liga tersebut. Fasa pertama bagi para pasukan dan organisasi yang berminat untuk membuat permohonan menjadi rakan kerjasama francais ini telah dibuka mulai hari ini sehingga 1 Julai kelak.

Seterusnya, pasukan pasukan yang melepasi fasa  permohonan ini akan dibawa untuk sesi temuduga secara berdepan bagi mempersembahkan proposal mereka dengan lebih terperinci lagi. 10 pasukan akn terpilih bagi memulakan musim pertama sistem ini bagi liga LCS Eropah.

Senarai 10 pasukan ini akan diumumkan pada bulan November kelak bagi membolehkan mereka mempersiapkan pasukan mereka untuk liga yang akan bermula pada tahun 2019 ini. Pasukan pasukan yang tidak terpilih pula akan diberikan tempoh khas untuk menjual para pemain mereka.

Seperti mana liga LCS Amerika Utara, harga belian masuk francais ini tidak didedahkan oleh Riot. Bagi liga LCS Amerika Utara, pasukan dikhabarkan telah membayar harga USD10 Juta USD bagi memperoleh tempat di dalam liga tersebut.

Dikuasakan oleh Blogger.