Overwatch kini Membenarkan Anda Memilih Pemain Untuk Dihalang Daripada Menjadi Rakan Sepasukan

Selepas menyertai Fair Play Alliance tempoh hari, Blizzard kini kekal didalam usuaha mereka untuk menghapuskan pemain bersifat toksik dengan mengemaskini perkakasan pengalaman bermain (Player Experience Tools) pada kemaskini 1.22 permainan Overwatch.

Perubahan pertama yang telah dilakukan bagi menambah baik pengalaman bermain adalah dengan mengubah kategori laporan pemain iaitu daripada Griefing (Sengaja mengakibatkan pemain lain berduka dengan melakukan taktik kotor ataupun menggangu mereka) kepada Gameplay Sabotage (Mensabotaj Perlawanan).

Ini adalah bagi memboleh laporan dilakukan dengan lebih tepat kerana terma Griefing yang digunakan sebelum ini memberi makna yang telallu luas untuk dikategorikan. Sebuah lagi kategori iaitu Poor Teamwork turut sama dibuang daripada alat melapor pemain. 

Ramai pemain memilih kategori ini semasa melapor dengan alasan yang sama pada Griefing kerana ia sukar untuk diintepretasikan. Hal ini kesukaran kepada pihak pembangun untuk mengenakan tindakan kepada pemain yang dilaporkan.

Selain daripada itu, pemain  juga kini boleh memilih untuk menghalang seseorang itu daripada dipadankan didalam pasukan yang sama dengan pilihan "Avoid as Teammate". Tetapan ini akan kekal bagi jangka masa seminggu selepas ia  dipilih.

Namun begitu, "Avoid as Teammate" bukanlah pilihan yang harus dipilih sekiranya anda ingin melaporkan seseorang pemain. "Avoid as Teammate" tidak akan menyebabkan sebarang tindakan dikenakan mahupun menghantar sebarang laporan dihantar mengenai mereka. Sekiranya mereka berkelakuan buruk, melapor mereka terus adalah pilihan terbaik bagi membolehkan pasukan pembangun mengenakan hukuman kepada mereka.

Dikuasakan oleh Blogger.