OG Umum Perpisahan Dengan Pemain Mid Mereka, Resolution

Usaha Valve menstabilkan arena kompetitif Dota 2 dengan mengecualikan pasukan yang melakukan pertukaran pemain diluar tetingkap pertukaran rasmi daripada menerima jemputan rasmi ke pusingan kelayakan tertutup The International masih tidak menakutkan pasukan apabila beberapa pasukan masih memilih untuk menukar pemain mereka.

Selepas pasukan Complexity mengumumkan mereka telah melepaskan kapten pasukan mereka, Kyle semalam, menurut jejak langkah mereka adalah pasukan OG yang kini mengumumkan bahawa mereka telah berpisah dengan pemain mid mereka, Roman "Resolut1on" Fominok.

Selepas Resolution menyertai pasukan itu sejurus tamatnya The International 2017, pasukan tersebut dilihat mampu menjadi antara pasukan terkuat namun persembahan mereka pada tahun ini adalah sederhana sahaja.

Jurulatih pasukan itu, Sébastien "7ckngMad" Debs akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Resolution buat sementara waktu sehingga mereka mempunyai penganti rasmi pemain mid tersebut.

Seperti mana pasukan LFY, Complexity yang turut sama melakukan pertukaran pemain, OG juga kini terpaksa menyertai pusingan kelayakan terbuka bagi mencari peluang menyertai kejohanan The Internatonal 2018.

Pusingan kelayakan terbuka terkenal dengan kejutan kerana perlawanan yang dilakukan bagi pusingan tersebut adalah didalam format terbaik dari satu perlawanan (BO1). Sebarang kesilapan semasa bermain akan menyebabkan harapan mereka untuk hadir ke kejohanan terbesar Dota 2 itu berkecai. 


Dikuasakan oleh Blogger.