MPGL Bakal Kembali Jun Ini Melibatkan Pasukan Terbaik Dari 11 Negara Asia

Mineski Pro Gaming League bakal kembali Jun ini selepas menerima penaiktarafan oleh Mineski Event Teams. Berbeza dengan anjuran kejohanan tunggal sebelum ini, edisi kali ini akan menjadi pentas akhir kepada pemenang kejohanan tempatan dari 11 negara di seluruh Asia.

Bagi menjayakannya, Mineski Event Teams telah bekerjasama dengan penganjur pihak ketiga untuk mengadakan kejohanan di negara masing masing yang digelar sebagai Liga Kebangsaan.

Antara kejohanan yang termasuk dibawah Liga Kebangsaan ini adalah Malaysia Esports League (MESL), Indonesia Pride Gaming League (IPGL), Thailand Esports Pro League (TEPL), Vietnam Pro Gaming League dan Philippine Pro Gaming League (PPGL).

Bagi negara India, Australia, Kemboja, Singapura, Myanmar dan Laos, Liga Kebangsaan mereka pula akan didedah dan dianjurkan pada minggu minggu mendatang.

Pemenang pemenang Liga Kebangsaan ini akan meneruskan perjalanan mereka pada MPGL Regular Season pada bulan Jun ini. Tiga pasukan terbaik kemudiannya akan bertanding di pentas akhir MPGL Grand Final di Bangkok, pada bulan Julai.

Sumber : Mineski.net

Dikuasakan oleh Blogger.