Lebih 30 Syarikat Termasuk Riot, Twitch dan Blizzard Sertai The Fair Play Alliance - Mahu Hapuskan Pemain Berkelakuan Toksik

Bermain dengan pemain yang berkelakuan buruk atau pemain yang digelar sebagai bersifat toksik bukanlah sesuatu yang asing lagi di dalam dunia permainan berbilang pemain di atas talian.

Pelbagai syarikat pembangun permainan mencuba pelbagai perkara untuk mengurangkan masalah ini. Sebagai contoh, Valve baru baru ini memperkenalkan hukuman pengantungan selama 6 bulan kepada pemain yang kerap dilaporkan berkelakuan buruk semasa bermain.

Kini, lebih 30 syarikat permainan ternama termasuklah Riot, Twitch, Blizzard, Supercell dan Epic Games telah bersatu menubuhkan The Fair Play Alliance bagi memupuk semangat bermain dengan adil, meningkatkan kesedaran mengenai kelakuan buruk semasa bermain dan berkongsikan tentang kajian dan amalan yang mampu mengubah dan memperbaiki komuniti permainan atas talian.

Meneurut kenyataan misi mereka, Fair Play Alliance ditubuhkan bagi membolehkan syarikat syarikat pembangun bekerjasama membentuk komuniti pemain yang sihat dan bebas daripada sifat perkauman, diskriminasi. Dengan usaha ini juga, mereka berharap agar pemain pemain kelak dapat mengekspresikan diri mereka dengan bebas dan mampu menikmati pengalaman bermain yang baik dan berkualiti.

Berikut merupakan senarai 30 syarikat yang telah menyertai The Fair Play Alliance pada ketika ini :

  • Blizzard Entertainment, Inc.
  • CCPGames
  • Corillian
  • Discord Inc.
  • Epic Games, Inc.
  • Flaregames
  • Huuuge Games
  • Intel Corporation
  • Kabam
  • Kefir
  • Ker-Chunk Games
  • Mixer
  • Owlchemy Labs
  • Playrix
  • Radial Games
  • Riot Games
  • Roblox Corporation
  • Rovio Entertainment Corp.
  • Space Ape Games
  • Spirit AI, Ltd.
  • Supercell
  • Two Hat
  • Twitch
  • Unity Technologies
  • Xbox

 

Sumber : Kotaku

Dikuasakan oleh Blogger.