Kehilangan Tiga Orang Pemain, Fire Dragoon Umum Pembubaran Pasukan Dota 2 Mereka

Selepas kehilangan tiga orang pemain mereka, Fire Dragoon kini mengesahkan bahawa pasukan Dota 2 mereka kini rasmi telah dibubarkan. Sebelum bertanding di kejohanan WESG tempoh hari, dua orang pemain  mereka, Yang "yaNG" Liang Ying dan Pang "BrayaNt" Jian Zhe meninggalkan pasukan itu dan hari ini, pemain posisi carry mereka, Lai "Ahjit" Jay Son pula mengumumkan penyertaan beliau pada pasukan Clutch Gamers.

Dengan pembubaran ini, baki pemain pasukan Fire Dragoon, Kangaroo dan Alacrity dilepaskan dari organisasi itu. Pengurusan Fire Dragoon bagaimanapun memaklumkan bahawa mereka masih belum menentukan hala tuju organisasi itu di dalam permainan Dota 2.

Namun, Fire Dragoon tegas menyatakan bahawa mereka akan terus melakukan yang terbaik di dalam usaha mereka menjadi yang terbaik di dalam arena e-sukan tempatan dan antarabangsa.


Dikuasakan oleh Blogger.