HyperPlay 2018 - Festival Muzik Dan E-sukan Ogos Ini Bersempena Dengan ASEAN Singapore 2018

Kementerian Budaya, Komuniti dan Belia Singapura (MCCY) dan Majlis Belia Kebangsaan Singapura (NYC) akan membawakan sebuah program dibawah ASEAN Singapore 2018 memfokuskan kepada belia dan e-sukan iaitu HyperPlay Singapore.

Bakal berlangsung pada 4 sehingga 5 Ogos ini bertempat di Stadium Tertutup Singapura, HyperPlay merupakan sebuah festival e-sukan dan muzik dibawakan oleh Riot Games dan MTV Spotlight (MTV Asia).

Mengabungkan dua budaya terkini belia zaman ini, ia akan hadir dengan sebuah kejohanan League of Legends dan 4 persembahan konsert. Memandangkan ia merupakan sebuah program dibawah ASEAN 2018, kejohanan League of Legends ini akan mempertandingkan pasukan pasukan dari negara Asean iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Laos, Kemboja, Brunei dan Myanmar.

Pusingan kelayakan bagi kejohanan LOL itu akan diadakan pada bulan April ini dengan perincian mengenainya akan didedahkan tidak lama lagi. Bagi persembahan konsert pula, barisan artis yang akan menyertainya juga akan diumumkan pada kemudian hari.

Layari : HyperPlay.sg

Dikuasakan oleh Blogger.