Fire Dragoon Buka Permohonan Untuk Sertai Pasukan League of Legends Mereka

Selepas menamatkan musim bunga liga LoL Championship Malaysia 2018 dengan memperoleh tempat kedua, pasukan Fire Dragoon kini mengumumkan bahawa mereka telah membuka permohonan bagi mereka yang berminat untuk menyertai pasukan League of Legends organisasi itu.

Permohonan ini meliputi kesemua posisi di dalam pasukan termasuklah sebagai jurulatih dan penguurus pasukan. Semenjak memasuki arena kompetitf pada pertengah tahun 2016 lalu, organisasi Fire Dragoon kini telah membangun dengan megahnya.

Pada ketika ini, Fire Dragoon mempunyai pasukan pasukan yang boleh dikatakan terkenal terutamanya di dalam permainan League of Legends dan Dota 2. Selain daripada itu, Fire Dragoon turut sama mempunyai divisyen CS:GO, FIFA 18 dan Arena of Valor.

Jadi, jika anda yang berminat dan mempunyai skill untuk mencuba menjadi pemain profesional LEague of Legends bagi pasukan Fire Dragoon, anda boleh layari laman permohonan di pautan ini.

Dikuasakan oleh Blogger.