Dua Kesatuan Pemain E-sukan Profesional Dilaporkan Bakal Ditubuhkan Di Amerika Utara

Isu pemain tidak dibayar gaji, tidak mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang berpatut bukanlah sesuatu yang asing lagi di dalam arena e-sukan. Tahun lalu, bekas pemain pasukan juara kejohanan The International 2016, Wings Gaming dihukum pengantungan seumur hidup oleh ACE (Association for Chinese Esports) apabila melanggar kontrak mereka bersama organisasi tersebut.

Pemain pemain tersebut dilaporkan meninggalkan organisasi tersebut selepas bertelingkah mengenai pelaburan yang gagal selepas memenangi TI6. Hal ini memaksa Valve campur tangan memaksa penganjur kejohanan untuk menjemput pemain yang digantung oleh ACE

Oleh sebab isu isu sebegini seringkali timbul, beberapa cubaan mewujudkan persatuan pemain telah dilakukan beberapa tahun kebelakangan ini namun tidak berjaya menjadi kenyataan. Kini, menerusi laporan daripada Biz Journals, dua buah persatuan pemain e-sukan mungkin menjadi kenyataan pada tahun ini di Amerika Utara.

Beberapa pemain pemain bagi permainan Overwatch dan Counter Strike: Global Offensive dilaporkan telah bersetuju dan menandatangani penyertaan mereka didalam kesatuan tersebut. Bagi permainan CS:GO, sebanyak 70 orang pemain dilaporkan telah menandatangi penyertaan mereka didalam kesatuan The Counter-Strike Professional Players Association (CSPPA) yang sedang dibangunkan oleh Scott “SirScoots” Smith, personaliti e-sukan dan peguam, Michael Doi.

Bagi permainan Overwatch pula, kesatuan yang sedang didalam usaha untuk diwujudkan tersebut diketuai oleh bekas pemain profesional, Thomas “Morte” Kerbusch  dan peguam,  Ellen Zavian.   

Sepertimana kesatuan pekerja lainnya, mereka mahu memperkasakan dan membantu para pemain mendapatkan hak mereka semasa diambil bekerja oleh organisasi organisasi e-sukan serata dunia. Kesatuan seperti ini juga boleh membantu pemain mendapatkan khidmat nasihat dari segi undang undang dan kontrak mereka.

Akhir sekali, penubuhan kesatuan pemain ini juga dilihat sebagai salah satu usaha membawa industri e-sukan ke tahap yang lebih tinggi setaraf dengan industri tradisional lainnya. Kerisauan pemain terutamanya akan dapat dikurangkan dengan adanya pihak yang mampu mewakili kepentingan mereka.


Sumber : Biz Journals

Dikuasakan oleh Blogger.