Dire Wolves Jadi Pasukan Pertama Sah Tempat Di Mid-Season Invitational 2018

Pasukan Dire Wolves menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat di Mid-Season Invitational 2018 selepas menjuarai Oceanic Pro League. Pasukan tersebut menewaskan pasukan Chiefs Esports Club pada perlawanan akhir pusingan playoff split pertama liga tersebut.

Sebagai  juara, pasukan itu kini melayakkan diri ke pusingan play-in MSI 2018 dan memperoleh hadiah sebesar AUD16,000 (~RM47,000). MSI 2018 bakal berlangsung buat pertama kalinya di Berlin, Jerman bermula awal MEi ini.

MSI 2018 juga akan memperlihatkan 14 pasukan bertanding selepas Liga Vietnam Championship Series berpisah daripada Garena Premier League. Riot juga baru baru ini mendedahkan format rasmi bagi kejohanan MSI 2018 tersebut.

Dikuasakan oleh Blogger.