Blizzard Memperkenalkan Brigitte - Pahlawan Terbaru Di Dalam Permainan Overwatch

Brigitte Lindholm, pahlawan terbaru di dalam permainan Overwatch diperkenalkan secara rasmi oleh Blizzard. Merupakan seorang jurutera berumur 28 tahun berpengkalan di Gothenburg, Sweden, hero terbaru ini memegang posisi support dan pakar di dalam perihal perisai.

Brigitte merupakan anak perempuan kepada pencipta senjata terkenal iaitu Torbjörn Lindholm. Walaupun mengikut jejak langkah ayahnya dengan meminati kejuruteraan dari muda lagi, Brigitte memilih untuk melindungi dan mencipta perisai, berbeza dengan ayahnya yang terkenal dengan senjata pemusnah.

Berikut merupakan abiliti abiliti yang hadir bersama dengan beliau di dalam usahanya melindungi rakan sepasukannya di dalam pertempuran.

ROCKET FLAIL

Senjata melee Brigitte mempunyai jarak tambahan yang membolehkannya menyerang beberapa musuh sekaligus.

REPAIR PACK

Brigitte melontar Repair Pack yang mampu menyembuuhkan rakan sepasukannya. Jika penyembuhan melebihi tahap nyawa rakannya, ia sebaliknya akan memberikan mereka perisai tambahan.

WHIP SHOT

Brigitte melontar kayu pemukulnya bagi jarak jauh, mencederakan dan menghentam musuh yang berada jauh darinya.

BARRIER SHIELD

Brigitte mengaktifkan perisai dihadapannya yang mampu menyerap serangan dengan terhad.

SHIELD DASH

Selepas perisainya diaktifkan, Brigitte boleh menerpa dan memegunkan(stun) musuhnya.

RALLY

Brigitte bergerak dengan pantas dan memberikan rakan sepasukan perisai yang kekal sehingga ia menerima serangan.

Dikuasakan oleh Blogger.