Blizzard Arah Pemain SF Shock Padam Tweet Kerana Mengandungi Gambar Pepe The Frog

Pada awal bulan Mac lalu, bekas pemain Liga Overwatch bagi pasukan Dallas Fuel, Félix “xQc” Lengyel telah didenda pengantungan 4 perlawanan dan USD4,000 kerana kerap kali menggunakan emote Trihard di laman penstriman Twitch.

Blizzard menerusi kenyataan rasmi mereka berkata bahawa perbuatan tersebut adalah menjurus kepada isu perkauman dan kesemua pihak yang terlibat dengan Liga Overwatch haruslah bebas dari sebarang perkara yang melanggar kod tatatertib liga tersebut.

Kini, Blizzard sekali lagi didapati telah mengarahkan pemain pasukan San Francisco Shock, Jay"sinatraa'  Won memadamkan tweet beliau kerana mengandungi gambar Pepe The Frog. Bagi menyambut hari lahir beliau, sinatraa telah memuatnaik gambar FeelsBirthdayMan yang mengandungi gambar meme popular itu.

Blizzard kebelakangan ini juga telah menghalang penonton dari membawa masuk sebarang sepanduk yang mengandungi gambar Pepe The Frog semasa perlawanan Liga Overwatch berlangsung. Keputusan Blizzard ini dikatakan berpunca daripada tindakan kumpulan neo-nazi dan haluan kiri lainnya yang kerap menggunakan gambar meme popular tersebut didalam propaganda mereka.

Walaupun tindakan Blizzard ini dilihat sebagai remeh oleh kebanyakan peminat, mereka dilihat kekal mahu menjaga nama baik liga tersebut dengan menghalang sebarang kandungan yang mungkin mendatangkan kontroversi.


Sumber : Rod Breslau / Reddit

Dikuasakan oleh Blogger.