Ahjit Pemain Terbaru Meninggalkan Fire Dragoon - Sertai Clutch Gamers

WESG nampaknya telah menjadi kejohanan terakhir Lai "Ahjit" Jay Son bersama dengan pasukan Fire Dragoon apabila beliau kini secara rasminya diumumkan sebagai pemain baharu pasukan Clutch Gamers.

Pemergian beliau ini turut memperlihatkan pasukan Fire Dragoon kini kehilangan tiga orang pemain mereka dimana Yang "yaNG" Liang Ying dan Pang "BrayaNt" Jian Zhe juga telah meninggalkan pasukan itu sebelum bermulanya kejohanan WESG.

Bagi pasukan Clutch Gamers pula, Ahjit akan melengkapkan pasukan itu untuk bermain bersama sama dengan Vt’Faded, Skylark, Afr0mosh dan Yol. Dengan penambahan Ahjit ini juga, Anas "Mage" Hirzallah kini secara rasminya tidak lagi bermain untuk pasukan itu.

Dikuasakan oleh Blogger.