Virtus.Pro Juara ESL One Katowice - Kini Di Tangga Teratas Dota 2 Pro Circuit

Takhta papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit kini menjadi milik pasukan Virtus.Pro selepas pasukan itu berjaya menjuarai kejohanan bertaraf major ESL One Katowice di Poland.

Pada perlawanan akhir tersebut, pasukan tersebut menewaskan pasukan dari China, Vici Gaming dengan keputusan akhir 3-1. Sebagai juara, Virtuus.Pro memperoleh 750 mata kelayakan DPC, kini mengatasi jumlah mata pasukan Secret, pemegang takhta sebelum ini. Mereka juga membawa pulang hadiah sebesar USD400,000 (~RM1.5 Juta).

Kejayaan tersebtu juga ditambah lagi dengan kejayaan pemain baharu pasukan itu, Rodjer yang diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan. Beliau mengikut jejak langkah Solo, membawa pulang sebuah kereta baharu tajaan Mercedes-Benz.

Vici Gaming pula memperoleh 450 mata kelayakan DPC dan USD200,000 (~RM780,000). Tempat ketiga pula dimiliki oleh pasukan Liquid yang menewaskan pasukan Fnatic pada perlawanan penentan tempat ketiga. Liquid memperoleh 225 mata kelayakan DPC dan USD120,000 (~RM470,000) manakala pasukan Fnatic membawa pulang 75 mata kelayakan DPC dan USD80,000 (~RM313,000).

Dikuasakan oleh Blogger.