Overwatch Contenders - Jalan Menuju Dunia Profesional Overwatch

Pada bulan Julai tahun 2017 lalu, Blizzard mengumumkan Overwatch Open Division dan Overwatch Contenders, di bawah program 'Path To Pro' bagi memberikan jalan masuk kepada mereka yang berminat untuk menjadi pemain profesional Overwatch.

Bermula pada bulan Mac ini, Overwatch Contenders akan diperbesarkan lagi dengan penambahan beberapa rantau. Liga di tiga rantau sedia ada, Overwatch APEX, Overwatch Premier Series, dan Overwatch Pacific Championship telah ditukar nama kepada Contenders Korea, Contenders China, dan Contenders Pacific.

Empat buah rantau baharu telah ditambah menjadikan tujuh rantau keseluruhannya iaitu Contenders South America, Contenders North America, Contenders Europe dan Contenders Australia. Bagi musim pertama ini, slot bagi liga ini akan diisi oleh pasukan jemputan, belian slot organisasi yang dijemput dan menerusi Contenders Trial iaitu kejohanan dimana pasukan terbaik di Overwatch Open Division bertanding untuk slot mereka di Overewatch Contenders.

Bagi musim seterusnya pula, Kejohanan Contenders Trial akan menjadi fasa promosi dan penurunan pasukan (promotion/relegation) dimana pasukan terbaik Overwatch Open Division di setiap rantau dan pasukan terburuk Overwatch Contenders bertarung bagi menentukan slot di Overwatch Contenders musim seterusnya.

Dengan hadiah keseluruhan mencecah USD3,000,000, Overwatch Contenders akan menjadi platform terbaik bagi para pemain di seluruh dunia untuk mencuri perhatian pasukan pasukan Liga Overwatch. Beberapa pasukan di Liga Overwatch sendiri mempunyai pasukan Contenders mereka tersendiri seperti British Hurricane (London Spitfire), Gladiator Legion (Los Angeles Gladiator) dan Fusion University (Philadelphia Fusion).

Ovrerwatch Contenders akan bermula pada 11 Mac ini di seluruh dunia. Bagi anda yang mahu mengikti berita terkini, jadual dan video mengenainya, jangan lupa layari laman web overwatchcontenders.com.

Dikuasakan oleh Blogger.