Mercedes-Benz Sekali Lagi Tawarkan Sebuah Kereta Kepada Pemain Terbaik Di ESL One Katowice

Oktober tahun lalu, pemain bagi pasukan Virtus.Pro, Alexei "Solo" Berezin telah diberikan gelaran pemain terbaik kejohanan ESL One Hamburg. Sebagai ganjarannya, salah sebuah penaja utama kejohanan tersebut, Mercedes-Benz telah menhadiahkan beliau dengan sebuah kereta baharu.

Kini, menjelang bermulanya kejohanan major ESL One Katowice, Mercedes-Benz sekali lagi menawarkan sebuah kereta untuk dibawa pulang pemain terbaik kejohanan. Sepertimana ESL One Hamburg, proses penganugerahan pemain terbaik kejohanan ini sekali lagi akan diadakan menerusi undian penonton dan personaliti di acara tersebut.

Undian akan dibuka mulai 22 Februari ini menerusi laman Twitter. Walapun proses pengundian terbuka kepada semua orang, personaliti di acara seperti penganalis, pengacara, pengulas memberikan lebih diutamakan sama seperti sebelum ini.

Peringkat kumpulan kejohanan ESL One Katowice akan bermula esok pada pukul 7 malam. Bagi edisi kali ini, dua wakil dari Asia Tenggara akan bertarung di kejohanan tersebut iaitu pasukan Mineski dan Fnatic. Mereka akan menyertai 14 pasukan lainnya merebut USD1,000,000 hadiah keseluruhan kejohanan dan 1000 mata kelayakan DPC.

Dikuasakan oleh Blogger.