Kai'sa - Champion Terbaru League of Legends Didedahkan Secara Rasmi

Diberi gelaran Daughter of The Void, Kai'sa, champion terbaru bagi permainan League of Legends itu diperkenalkan secara rasmi hari ini. Dengan abiliti berjarak jauh, Kai'sa merupakan bahaya yang sentiasa mampu menghampiri musuhnya dengan pantas.

Berikut merupakan abiliti abiliti Kai'sa.

Pasif - SECOND SKIN

Serangan biasa Kai'sa akan menjejak musuh menerusi Plasma, mencederakan mereka dengan kuasa magik yang sentiasa meningkat. Selepas beberapa serangan yang berjaya, Plasma yang terkumpul akan meletus mencederakan musuh mengikut jumlah nyawa mereka yang hilang. Efek rakan sepasukan yang mampu melumpuhkan musuh juga akan meningkatkan jumlah Plasma terkumpul musuh.

Q: ICATHIAN RAIN

Kai'sa melepaskan sejumlah misil secara saksama kepada kesemua musuh berhampiran. Jika misil misil tersebut hanya mengenai musuh yang sama (lebih daripada satu misil pada sebuah champion), ia akan mengurangkan jumlah kuasa serangannya.

Living Weapon:

Jumlah misil akan bertambah jika Kai'sa mempunyai jumlah Attack Damage bonus yang mencukupi.

W: VOID SEEKER

Kai'sa menembak pancaran tenaga Void, mendedahkan musuh pertama yang mengenainya, menyebabkan kecederaan magik dan menambah jumlah Plasma terkumpul musuh.

Living Weapon:

Void Seeker akan menyebabkan lebih banyak kecederaan dan mengembalikan sedikit jumlah masa aktif semula (cooldown) jika Kai'sa mempunyai jumlah Ability Power bonus yang mencukupi. 

E: SUPERCHARGER

Kai'sa mengumpul kuasa, meningkatkan kadar pergerakannya sementara, namun kehilangan abiliti untuk menyerang. Selepas selesai mengumpul tenaga, Kai'sa mengeluarkan pistol besar yang meningkatkan jumlah serangannya bagi beberapa saat. Serangan biasa akan mengurangan jumlah masa aktif semula abiliti ini.

Living Weapon:

Jika Attack Speed bonus mencukupi, Supercharger akan memberikan Kai'sa kuasa halimunan sebenar (true invisibility) ketika proses mengumpul kuasa.

R: KILLER INSTINCT

Kai'sa melangkau dengan jarak jauh pada kelajuan tinggi ke lokasi musuh yang ditanda dengan Plasma dan menerima perisai yang mampu menyerap serangan bagi sementara waktu.


Dengan abiliti menjejak dan menghampiri musuh yang jauh pada kelajuan tinggi, Kai'sa merupakan champion yang mampu menjadi pembunuh hendap yang mengerunkan musuh yang berseorangan. Namun berhati hati dengan musuh yang mungkin bersembunyi menanti Kai'sa melangkau ke arah mereka rakan mereka.

Dikuasakan oleh Blogger.