Geek Fam Juarai Kejohanan Malaysia Esports League Menewaskan Team Highground

Edisi sulung kejohanan Dota 2 Malaysia Esports League berakhir dengan pasukan Geek Fam memenangi perlawanan akhir menewaskan Team Highground.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di dalam format terbaik dari 5 perlawanan itu, pasukan Geek Fam mengesahkan kejuaraan mereka dengan mengakkhirnya dengan keputusan 3-1. 

Pasukan Geek Fam membawa pulang hadiah sebesar RM150,000 manakala pasukan Highground pulang dengan hadiah sebesar RM100,000. Kejohanan sulung MESL ini yang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre merupakan anjuran Mineski Events Team melibatkan pasukan pasukan Dota 2 terbaik di Malaysia.

Dengan hadiah sebesar RM500,000 dipertaruhkan, MESL turut mempertandingkan dua buah kejohanan mini bagi permainan Mobile Legends Bang Bang dan FIFA 18.

Dikuasakan oleh Blogger.