Valve : Status Major Kejohanan Galaxy Battles Di Filipina Dilucutkan

Perkembangan pesat arena e-sukan Filipina nampaknya bakal dibantutkan selepas kerajaan negara tersebut telah menguatkuasakan beberapa polisi berkaitan penggunaan dadah kepada atlet yang memasuki negara tersebut  untuk hadir menyertai kejohanan di negara itu.

Valve hari ini mengumumkan bahawa status major untuk kejohanan Galaxy Battles telah dibatalkan akibat daripada pernguatkuasaan polisi tersebut. Namun begitu, Valve masih di dalam perbincangan dengan penganjur untuk mencari solusi agar kejohanan tersebut boleh dijalankan dengan setiap pasukan yang telah melayakkan diri dan mata kelayakan DPC yang sepatutnya dipertaruhkan pada kejohanan tersebut.

Valve menerusi kenyataan mereka bahawa mereka tidak berasa selesa dengan polisi yang diperlukan bagi seseorang pemain memasuki negara tersebut dan merasakan bahawa ianya menganggu ruang privasi pemain.

Walaupun pada ketika ini hanya kejohanan Galaxy Battles yang dilucutkan status majornya, perkara ini berkemungkinan besar akan memberikan masalah kepada kesemua kejohanan yang akan dianjurkan di Filipina pada masa akan datang.

Dikuasakan oleh Blogger.