Tetingkap Pertukaran Pemain Untuk Dota 2 Pro Circuit Kini Dibuka Untuk Kali Terakhir Musim Ini

Tetingkap pertukaran dan pendaftaran pemain bagi Dota 2 Pro Circuit telah dibuka secara rasmi hari ini. Seperti mana tetingkap sebelum ini, tempo pendaftaran ini dibahagikan kepada dua fasa dengan fasa pertama berakhir pada 22 Januari manakala fasa kedua berakhir pada 5 Februari kelak.

Dengan pelbagai pasukan telah melakukan perubahan pemain pada penhujung tahun 2017 lalu, proses pendaftaran baharu ini dapat membantu pasukan pasukan tersebut mengelak daripada dikenakan penalti kerana menggunakan pemain baharu.

Namun begitu, menurut Valve, ini merupakan tetingkap pendaftaran terakhir untuk musim Dota 2 Pro Circuit 2017 - 2018. Tetingkap pendaftaran seterusnya hanya akan berlaku selepas berakhirnya kejohanan The International 2018 kelak.

Dikuasakan oleh Blogger.