Rocket League Kini Mempunyai Lebih 40 Juta Orang Pemain Di Seluruh Dunia

Pemainan berbilang platform popular, Rocket League hari ini mengumumkan bahawa  permainan itu telah mempunyai  jumlah pemain melepasi angka 40 juta orang pemain.

Permainan bola sepak berkenderaan ini boleh dimainkan di Windows, Playstation 4, Xbox One, OS X, Linux dan terbaru, di Nintendo Switch. Pada tahun lalu juga, permainan ini telah terjual melebihi 10 juta salinan meliputi semua platform.

Steam turut sama menyenaraikan Rocket League di 'Steam Best of 2017' sebagai salah satu daripada 12 permainan yang berjaya menjana pendapatan kasar tertinggi di platfrom tersebut sepanjang tahun 2017.


Dikuasakan oleh Blogger.