Kesemua Perlawanan Liga Overwatch Sah Akan Disiarkan Pada Laman Twitch

Menjelang tibanya perlawanan pertama Liga Overwatch esok, pertanyaan peminat sama ada ia akan disiarkan di laman perstriman popular Twitch kini terjawab apabila pihak Twitch mengesahkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan Blizzard untuk menyiarkan setiap perlawanan pada laman tersebut.

Kerjasama tersebut disahkan akan berkekalan sekurang kurangnya dua tahun iaitu untuk dua musim pertama Liga Overwatch. Perlawanan perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di laman twitch.tv/overwatchleague bermula dengan perlawanan antara LA Valiant dan SF Shock pada pukul 8 pagi esok waktu Malaysia.

Twitch pada masa yang sama turut mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Blizzard untuk menawarkan hadiah hadiah khas kepada penonton termasuklah item eksklusif di dalam permainan Overwatch. Emote khas Liga Overtwatch juga akan ditambah pada kotak perbualan laman tersebut pada masa akan datang.

Bagi anda yang berminat untuk membaca lebih lengkap lagi mengenai musim pertama Liga Overwatch, anda boleh layari artikel "Segalanya Tentang Musim Pertama Liga Overwatch" untuk segala info berkaitan dengannya.

Dikuasakan oleh Blogger.