Aplikasi Rasmi Liga Overwatch Hadir Untuk Android Dan iOS

Bersempena dengan bermulanya musim pertama Liga Overwatch pada 11 Januari ini, Blizzard hari ini telah memperkenalkan aplikasi rasmi Liga Overwatch untuk platform Android dan iOS.

Menerusi aplikasi tersebut, peminat boleh mengikuti perkembangan semasa Liga Overwatch dengan mudah seperti jadual perlawanan, papan pendahulu liga, siaran langsung permainan, video, berita dan profil pasukan.

Peminat juga boleh memilih pasukan kegemaran bagi mendapatkan peringatan khas bagi setiap perlawanan pasukan tersebut. Aplikasi rasmi ini boleh dimuat-turun secara percuma di kedai aplikasi kedua dua sistem operasi.

Muat-turun :

Android - Liga Overwatch

iOS - Liga Overwatch

Dikuasakan oleh Blogger.