Virtus Pro Jadi Pasukan Pertama Terime Jemputan Ke Kejohanan Major ESL One Katowice 2018

Juara Dota Summit 8, Virtus Pro telah diumumkan menjadi pasukan pertama dijemput terus ke kejohanan ESL One Katowice. Kejohanan ESL One Katowice merupakan sebuah kejohanan bertaraf major dan akan mempersembahkan hadiah sebanyak $1,000,000 dan 1500 mata kelayakan pro circuit.

Kejohanan tersebut diadakan bersempena dengan dengan acara Intel Extreme Masters Expo yang akan berlangsung di Katowice bermula 24 Februari sehingga 4 Mac kelak, ESL dan IEM mengumumkan beberapa buah kejohanan esukan akan diadakan bersama sama dengan eskpo tersebut. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah Dota 2, Starcraft dan Counter Strike Global Offensive.

Acara esukan ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kejohanan Dota 2 Major - ESL One Katowice pada 20 Februari sehingga 25 Februari dan IEM World Championship yang melibatkan permainan Starcraft dan CS:GO pada 2 sehingga 4 Mac.

Dikuasakan oleh Blogger.