Virtus Pro Cipta Hatrik - Juara Kejohanan Summit Kali Ketiga Berturut-turut

Hatrik - Pasukan Virtus Pro muncul juara kejohanan Minor BTS Summit 8 Winter WonderLan untuk kali ketiga berturut turut apabila berjaya menewaskan pasukan Fnatic di perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Pasukan tersebut akan membawa pulang hadiah sebesar USD120,000 dan 112.5 mata kelayakan Dota 2 Pro Circuit (DPC). Pasukan Fnatic pula akhirnya menempa nama di papan pendahulu DPC sebagai naib juara kejohanan ini. Fnatic memperoleh 67.5 mata kelayakan DPC dan wang sebanyak USD60,000.

Tempat ketiga dan keempat kejohanan pula dikongsi oleh pasukan OG dan Kinguin dimana masing masing membawa pulang hadiah sebesar USD36,000 dan 30 mata kelayakan DPC.


Sumber Foto  : Beyond The Summit

Dikuasakan oleh Blogger.