Starladder Akan Anjur Kejohanan Minor SL i-League Dota 2 Invitational 4 Di China Pada Februari 2018

Selepas berjaya menganjurkan kejohanan minor pertama di bawah Dota 2 Pro Circuit, SL i-League Dota 2 Invitational Musim Ke-3, Starladder kini mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan musim seterusnya pada awal bulan Februari 2018 bertempat di China.

SL i-League Dota 2 Invitational Musim Ke-4 akan kekal sebagai kejohanan berstatus minor dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD300,000 (~RM1.2 Juta) dan 300 mata kelayakan DPC.

8 pasukan akan bertanding pada kejohanan ini dengan 2 daripadanya akan menerima jemputan terus. Pusingan kelayakan terbuka akan bermula pada 16 dan 17 Disember ini manakala pusingan kelayakan utama akan berlangsung pada 18 sehingga 22 Disember.

Dikuasakan oleh Blogger.