SK Gaming Juarai Kejohanan ESL Pro League Musim Ke-6

ESL Pro League Musim ke-6 berakhir semalam dengan pasuukan SK Gaming menempa nama sebagai juara keseluruhan menewaskan pasukan FaZe Clan. Pada siri terbaik antara 5 perlawanan itu, walaupun pasukan FaZe Clan bermula dengan baik setelah memenangi perlawanan pertama di peta Inferno, pasukan SK Gaming kemdiannya bangkit memenangi 3 perlawanan seterusnya.

Dengan keptuusan akhir 3-1 memihak kepada SK Gaming, pasukan itu membawa pulang trofi kejohanan dan wang sebanyak USD225,000. Ini juga merupakan kejuaraan kedua pasukan SK Gaming untuk kejohanan dibawah program Intel Grand Slam musim pertama.

Dengan berbaki 5 buah kejohanan lagi, SK gaming hanya memerlukan dua buah gelaran juara lagi untuk memperoleh hadiah USD1,000,000 dari Intel Grand Slam.

Dikuasakan oleh Blogger.