OG Peroleh Gelaran Juara Pertama Di Bawah Dota 2 Pro Circuit - Juara MDL Macau 2017

Pasukan OG berjaya memeproleh kejuaraan pertama mereka bagi kejohanan semenjak Dota 2 Pro Circuit diperkenalkan setelah memenangi kejohanan minor MDL Macau.

Pasukan itu menunjukkan prestasi cemerlang dengan menguasai sepenuhnya perlawanan akhir menentang pasukan TNC Gaming dengan memperoleh keputusan akhir 2-0.

Pasukan OG akan menempa nama di papan pendahulu DPC setelah memperoleh 150 mata kelayakan DPC dan wang $130,000 sebagai juara kejohanan. Pasukan TNC juga akan turut serta menyertai senarai pasukan di DPC setelah memperoleh 90 mata kelayakan DPC dan $90,000 hadiah naib juara kejohanan.

Dikuasakan oleh Blogger.