MNT Umum Pasukan Mousesports Kini Telah Dibubarkan

Verros "Maybe Next Time' Apostolos,  pemain Dota 2 untuk pasukan Mousesports mengumumkan bahawa pasuukan itu telah dibubarkan berkuatkuasa serta merta pada laman Twitter beliau.

Pasukan yang terkenal kerana mencipta kejutan pada kejohanan The Boston Major dengan melayakkan diri ke final itu menyertai Mousesport pada bulan April lalu selepas meninggalkan organisasi lama mereka iaitu Ad Finem.

Menurut MNT, keputusan tersebut diambil selepas mereka merasakan bahawa masalah prestasi yang dihadapi mereka tidak dapat diabiki sekiranya tiada perubahan pemian/pembubaran dilakukan.

Selepas mencipta kejutan di Boston Major, prestasi pasukan itu merudum dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan. MNT berkata bahawa antara punca utama kemuruduman tersebut adalah cuti yang terlalu lama sehingga memyebabkan mereka gagal memahami corak permainan pada patch terkini Dota 2.

MNT bagaimanapun menyakinkan peminat bahawa tiada permusuhan diantara mereka selepas mengambil keputusan untuk membubarkan pasukan ini.


Sumber : Twitter / Twitlonger

Dikuasakan oleh Blogger.