Jumlah Pemain PUBG Di Xbox One Melepasi Angka 1 Juta Dalam Masa Hanya 48 Jam Selepas Ia Dilancarkan

Walaupun terdapat banyak laporan mengenai prestasi permainan yang kurang memuaskan, PlayerUnknown's Battlegrounds kekal berjaya membuktikan kepopular permainan itu bukanlah sesuatu yang perlu dipandang remeh. 

Permainan sensasi tersebut telah melepasi 1 juta jumlah pemain di konsol Xbox kurang 48 jam selepas ia dilancarkan di dalam program akses awal Xbox (Xbox Game Preview).

Akibat daripada itu, Xbox sendiri telah melakukan promosi khas iaitu dengan memberi salinan PUBG percuma dengan setiap pembelian Xbox One X di rantau rantau terpilih sehingga penghujung Disember ini.


Sumber : Xbox

Dikuasakan oleh Blogger.