Echo Fox Umum Huni Sebagai Pemain Baharu Mereka - Turut Sama Tubuh Pasukan Akademi

Echo Fox, organisasi yang berpengkalan di Amerika Utara telah mengumumkan barisan lengkap pasukan League of Legends mereka bagi menghadapi LCS 2018.

Antara perubahan besar yang telah dilakukan oleh mereka pada tetingkap pertukaran pemain kali ini adalah dengan mengambil pemain SK Telecom T1 iaitu Heo “Huni” Seung-hoon sebagai pemain Top baharu mereka.

  • Top – Heo “Huni” Seung-hoon
  • Jungle – Joshua “Dardoch” Hartnett
  • Mid – Kim “FeniX” Jae-hun
  • ADC – Johnny “Altec” Ru
  • Support – Adrian “Adrian” Ma

Dalam pada masa yang sama, Echo Fox turut sama mengumumkan penubuhan pasukan akademi mereka bagi membangunkan dan melatih pemain untuk membantu organisasi tersebut mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Barisan pemain pasukan akademi:

  • Top – Kieran “Allorim” Logue
  • Jungle – Nathan “TheOddOrange” Ryan
  • Mid – Tanner “Damonte” Damonte
  • ADC – Lawrence “Lost” Hui
  • Support – John “Papa Chau” Le


Sumber : Echo Fox

Dikuasakan oleh Blogger.