Dota 2 : Peta Musim Sejuk Kini Boleh Digunakan Oleh Semua Pemain Sehingga 1 Januari

Para pemain permainan Dota 2 kini boleh meraikan musim sejuk yang sedang berlangsung pada ketika ini dengan menggunakan peta rupa bumi musim sejuk khas untuk permainan itu.

Peta ini boleh digunakan secara percuma oleh kesemua pemain dan boleh digunakan sehingga 1 Januari kelak. Walaupun hanya terhad untuk lebih kurang 10 hari sahaja sehingga tibanya 1 Januari, peta ini di ura urakan akan disertakan sekali lagi bagi pembeli Battle Pass musim sejuk nanti.

Namun begitu, tiada sebarang pengesahan dari piha Valve berkenan dengan Battle Pass musim sejuk. Jadi sementara menunggu sama ada Battle Pass tersebut akan tiba atau tidak, mari meraikan musim sejuk ini dengan bertarung pada peta penuh salji ini di arena Dota 2.


Sumber : Wykrhm

Dikuasakan oleh Blogger.