Dota 2 : Kemaskini Frostivus Treasure Kini Hadir - Dapatkan Set Percuma Dengan Hanya Bermain 3 Perlawanan Dota 2

Kemaskini musim sejuk untuk permainan Dota 2, Frostivus Treasure kini sedia untuk dimuat-turun. Bgai meraikan musim sejuk ini, kemaskini ini hadir dengan 18 set item hasil ciptaan komuniti dan peluang untuk mendapatkan set Batrider (Rare), Wraith King (Very Rare) atau set Puck (Extremly Rare).

Pada tahun ini, kesemua pemain berpeluang mendapatkan sebuah hadiah Frostivus Treasure percuma dengan cara memenangi tiga perlawanan normal Dota 2.

Kemaskini ini juga akan turut menyertakan beberapa permainan mini bertemakan musim sejuk untuk dimainkan. Jadi tunggu apa lagi? Raikanlah semangat Frostivus dengan bermain di arena Dota 2.

Dikuasakan oleh Blogger.