CS:GO - Valve Ubah Format Kejohanan Major Bermula Dengan Kejohanan Major Boston

Valve hari ini telah melakukan perubahan kepada format penganjuran kejohanan bertaraf major untuk permainan Counter Strike : Global Offensive bermula dengan kejohanan The Boston Major yang akan dianjuran oleh ELEAGUE.

Melalui format baharu ini, kejohanan bertaraf major akan dibahagikan kepada tiga tahap peringkat iaitu The New Challengers, The New Legends, dan The New Champions. The New Challengers (Pencabar Baharu) adalah peringkat kelayakan baharu dimana sebelum ini dikenali sebagai peringkat kelayakan lan (Offline Qualifier).

Pada pusingan ini, lapan pemenang kejohanan minor setiap rantau akan menentang lapan pasukan berstatus Challengger dari kejohanan major sebelumnya. Untuk kejohanan Boston Major ini, pasukan pasukan tersebut adalah Misfits, Team Liquid, Team Envy, Space Soldiers, TyLoo, Renegades, AVANGAR dan Quantum Bellator Fire menentang pasukan berstatus Challenger iaitu  Cloud9, FlipSid3 Tactics, G2 Esports, Natus Vincere, Mousesports, Sprout, FaZe Clan, dan Vega Squadron.

Lapan pasukan yang melepasi pusingan tersebut akan meneruskan perjalanan ke pusingan The New Legends dimana mereka akan menentang pasukan berstatus Legends. Untuk kejohanan Boston Major,  pasukan pasukan tersebtu adalah Gambit Esports, Astralis, Virtus Pro, Fnatic, SK Gaming, BIG, North dan 100 Thieves.

Lapan pasukan terbaik kemudiannya akan bertanding di peringkat playoff yang dinamakan sebagai The New Champions bagi memahkotakan gelaran juara keseluruhan kejohanan. Ketiga tiga peringkat ini akan diadakan di dalam masa tiga minggu melibatkan 24 pasukan.

Selain daripada perubahan format, Valve turut mengumumkan bahawa penonton yang hadir ke kejohanan major tersebut kini berpeluang memenangi item dalam permainan sama seperti penonton yang menonton atas talian menerusi klien CS:GO. Para penonton yang hadir akan diberikan tag RFID yang akan dihubungkan kepada akaun Steam masing masing untuk peluang memenangi item item tersebut.

Valve turut sama mengesahkan bahawa kesemua 24 pasukan dan 120 orang pemain akan mempunyai pelekat permainan dengan tanda tangan tersendiri. Para pemain boleh membeli pelekat ini didalam permainan CS:GO untuk menunjukkan sokongan terhadap pasukan kegemaran masing masing. 50% dariapda wang hasil jualan pelekat ini akan diberikan kepada pemain dan pasukan masing masing.

ELEAGE Major : Boston akan berlangsung Januari kelak dengan bermulanya pusingan The New Challengers pada 12 sehingga 15 Januari. Pusingan The New Legends pula akan berlangsung pada 19 sehingga 22 Januari manakala pusingan playoff The New Champions akan berlangsung pada 26 sehingga 28 Januari.

Dikuasakan oleh Blogger.