Vainglory Mengumumkan Sokongan Untuk Dimainkan Pada Peranti Chromebook

Pada bulan Ogos lalu, Vainglory telah menerima sokongan untuk dimainkan mengunakan papan kekunci dan tetikus melalui Samsung Dex+. Kini, bersempena dengan pelancaran Google Pixelbook, SEMC mengumumkan bahawa permainan Vainglory kini menyokong peranti Chromebook secara rasminya.

Melalui Chromebook, Vainglory boleh dimainkan menggunakan skrin sentuhan, stylus atau papan kekunci dan tetikus. Ia menyokong sebarang peranti Chromebook yang menggunakan Android 6.1.1 ke atas. Para pemain boleh memuat-turun permainan ini melalui Play Store dan memainkannya dalam resolusi penuh pada peranti Chromebook masing masing.




Sumber : Super Evil Megacorp
Dikuasakan oleh Blogger.