Vainglory 5v5 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Di Kejohanan Vainglory World 2017 Di Singapura



Semua sudah maklum bahawa kejohanan terbesar Vainglory, Vainglory World 2017 akan diadakan di The Kallang Theatre, Singapura pada bulan Disember ini. Kini, menerusi keterangan yang diletakkan pada acara tersebut, SEMC telah mengesahkan bahawa mod permainan 5 lawan 5 untuk permainan tersebut akan diperkenalkan secara rasmi di kejohanan itu.

Singapura merupakan sebuah lokasi istimewa buat Vainglory kerana ujian awal permainan tersebut yang pada ketika itu dinamakan sebagai Kindred dilakukan di situ. Kejohanan Vainglory World 2017 akan berlangsung pada 14 sehingga 17 Disember ini di The Kallang Theatre, Singapura. Kejohanan ini akan mempertandingkan 12 buah pasukan terbaik di dunia bagi merebut gelaran pasukan Vainglory terbaik di dunia.

Tujuh buah paskan telah melayakkan diri ke kejohanan ini iaitu Impunity (Singapura), Elite8 (Asia Tenggara), Rox Armada (Korea), ACE Gaming (Korea), Hunters (China), Cloud9 (America Utara) dan DetonatioN Gaming (Jepun/wildcard). Baki lima pasukan akan tiba dari rantau China, Amerika Utara, Eropah, Amerika Selatan dan sebuah lagi pusingan Wildcard.

Tiket bagi kejohanan ini boleh di ambil secara percuma melalui laman sesawang peatix.com. Tiada had umur dikenakan kepada pengunjung kejohanan. Pengunjung juga boleh memiliki 4 skin percuma bagi setiap hari kejohanan berlangsung.
Dikuasakan oleh Blogger.