Paris Saint-Germain Meninggalkan League of Legends - Berpisah Dengan Yellowstar



Selepas setahun, perjalanan pasukan League of legends bagi kelab bola sepak Paris Saint-Germain kini tiba ke pengakhirannya. PSG mengumumkan bahawa lembaga pengarah kelab itu telah bersetuju untuk meninggalkan arena League of Legends.

Walaupun berjaya melaykkan diri ke liga LCS Eropah, pasukan itu gagal memperoleh sebarang kejayaan dan gagal memperoleh kestabilan dengan sering melakukan pertukaran pemain. Bersama sama dengan pengumuman ini, PSG juga turut sama memaklumkan bahawa Ketua Divisyen Esukan mereka, Bora ‘YellowStaR’ Kim  turut sama meninggalkan posisis beliau di dalam kelab itu.




Namun begitu, PSG masih lagi tidak meninggalkan esukan secara keseluruhannya. Kelab itu masih mempunyai pasukan FiFa dan pasukan Rocket League yang baru sahaja ditubuhkan. Pada penghujung bulan September lalu, PSG telah mengambil tiga orang pemain sebagai bagi menyertai pasukan Rocket League mereka iaitu Victor ‘Ferra‘ Francal, Dan ‘Bluey‘ Bluett dan Thibault ‘Chausette‘ Grzesiak.




Sumber : PSG / PSG / PSG / Yellowstar
Dikuasakan oleh Blogger.