Kejohanan Midas Mode Oleh MoonduckTV Diumumkan Secara Rasmi



MoonduckTV, sebuah studio yang memfokuskan kepada penyiaran aktiviti berkaitan dengan esukan, kini secara rasminya mengumumkan Kejohanan Midas Mode. Kejohanan unik ini akan menggunakan sebuah mod permainan baharu yang dicipta oleh studio tersebut iaitu Midas Mode.

Bagi mod permainan ini, pasukan akan diberikan sejumlah matawang yang digelar MoonBuck. Matawang ini boleh digunakan untuk membeli hero atau menghalang sesebuah hero semasa melakukan draft perlawanan. Ia juga boleh digunakan untuk menghentikan perlawanan seketika.

Pasukan yang kehabisan matawang ini akan pasukan akan diberikan 'mod susah' dimana hanya hero yang sukar dimainkan boleh dipilih, tiada halangan hero dan hentian permainan dibenarkan. Namun begitu, pasukan juga boleh menambah wang mereka dengan melakukan cabaran khas seperti hanya menggunakan hero jenis terbang, tidak mengambil aegis selepas membnuh roshan dan banyak lagi.

Kejohanan ini akan disertai oleh 8 pasukan. 4 daripadanya adalah pasukan dari Amerika iaitu OpTic Gaming, Immortals, Digital Chaos dan Evil Geniuses. Baki 4 pasukan lagi adalah dari rantau Eropah iaitu pasukan OG, Team Liquid, Na'Vi dan Mid or Feed. Kejohanan ini akan berlangsung pada 18 sehingga 28 November kelak.


 
Dikuasakan oleh Blogger.