Intel Extreme Masters Akan Menganjurkan Kejohanan PUBG Invitational - Tawar Hadiah Keseluruhan Berjumlah RM850,000



Pada bulan Ogos yang lalu, kejohanan sulung bagi permainan PlayerUnknown's Battlegrounds telah berlangsung di acara Gamescom di Jerman. Kini, Intel Extreme Masters, penganjur dibawah syarikat ESL Gaming Network telah mengumumkan kejohanan PUBG kedua iaitu IEM Oakland PUBG Invitational.

Kejohanan tersebut akan diadakan di Bay Arena pada 18-19 November ini melibatkan 20 pasukan dari Eropah dan Amerika. 10 pasukan akan menerima jemputan terus ke kejohanan tersebut manakala selebihnya perlu melayakkan diri melalui pusingan kelayakkan terbuka.

Berbeza dengan PUBG Invitatioanl di Gamescom tempoh hari, kejohanan kali ini hanya menawarkan sebuah format permainan sahaja iaitu Squad FPP (Berpasukan - Perspektif Pandang Pertama). Juara kejohanan akan membawa pulang hadiah sebanyak $60,000 (~RM250,000).



Sumber : Intel Extreme Masters
Dikuasakan oleh Blogger.