VG - Kemaskini 2.8 Musim Luruh - Dua Item Baharu, Kembalinya Duo Jungle

Skin 'Horus' Idris

Tibanya musim luruh membawakan kemaskini 2.8 di Halycon Fold dengan pelbagai perubahan menarik. Kemaskini kali ini hadir dengan dua item baharu dan jungle yang kaya dengan manfaat kepada pemain. Pengalaman bermain juga ditambah baik denagn penyelesai beberapa pepijat. Beberapa hero juga menerima skin terbaru dengan efek efek menarik untuk dipersembahkan semasa bermain.

Dua item baharu yang diperkenalkan pada kemaskini ini adalah Healing Flask dan Spellsword. Pada kemaskini 2.8 ini, SEMC mengambil keputusan untuk membuang Halycon Potion daripada permainan dan mengantikannya dengan Healing Flask. Healing Flask hadir dengan abiliti untuk menghalang 115-500 kecederaan (berdasarkan level pemain) dan membaikpulih 30% nyawa dan tenaga hero dalam jangka masa 5 saat selepas ia diaktifkan. Healing Flask mempunyai masa pengaktifan semula selama 120 saat.

Spellsword pula merupakan sebuah item bagi hero bersifat weapon yang mahukan mempunyai item utiliti tanpa terlalu mengorbankan kuasas serangan mereka. Item ini hadir dengan abiliti untuk mengembalikan tenaga ketika melakukan serangan biasa iaitu 3 tenaga bagi setiap serangan (9 pada hero). Ia juga hadir dengan 90 kuasa weapon dan 35% pengurangan masa pengaktifan semula.

Kemaskini ini juga hadir dengan tiga skin terbaru iaitu ‘King' Glaive (Epic), 'Horus' Idris (Epic) dan 'Vaquero' Ringo (Rare). Setiap skin akan hadir dengan efek unik mereka yang tersendiri. SEMC juga memfokuskan pada 'Battle Readiness' pada kemaskini kali ini. Pada kemaskini ini, SEMC  telah menambah ganjaran yang diberikan di kawasan jungle membolehkan kedua dua pemain mendapatkan lebih banyak ganjaran.

Namun begitu, terlalu memfokuskan pada minion di jungle akan mendedahkan mereka terhadap bahaya serangan mengejut daripada pihak lawan. Dengan beberapa cara memulihkan nwaya kini dihapuskan, pemain harus bijak membuat strategi ketika bermain bagi membolehkan mereka mempunyai nyawa yang mencukupi bagi berhadapan dengan musuh. .





SEMC juga menambah baik pengamalan bermain dengan melakukan beberapa perubahan antaramuka bagi memudahkan pemain mengakses sesuatu tetapan dan halaman. Sepertimana kemaskini sebelum ini, hero hero juga menerima kemaskini kestabilan bagi membolehkan strategi dan corak permainan baharu diwujudkan dan menjadikan permainan lebih menarik. Nota lengkap mengenai perubahan kestabilan ini boleh dibaca dilaman rasmi Vainglory.

Dikuasakan oleh Blogger.