PlayerUnknown's Battleground Telah Terjual Melebihi 10 Juta Salinan



Permainan paling sensasi pada tahun 2017, PlayerUnknown's Battleground kini telah terjual melebihi 10 juta salinan. Permainan bergenre Battle Royale tersebut menjadi amat popular selepas ia dilancarkan bagi program akses awal pada bulan mac lalu.

Permainan tersebut juga baru baru ini mencipta rekod sebagai permainan yang mempunyai jumlah pemain serentak kedua tertinggi di platform Steam menghampiri rekod Dota 2. PlayerUnknown's Battleground juga berjaya menganjurkan kejohanan kompetitif pertama mereka di acara Gamescom pada bulan Ogos lalu.

Dikuasakan oleh Blogger.