Luminosity Tubuh Pasukan Kedua Untuk Permainan PUBG

Luminosity telah mengumumkan penubuhan pasukan kedua bagi permainan popular PlayerUnknown's Battlegrounds. Selepas menjuarai kategori berpasukan di kejohanan Gamescom Invitational tempoh hari, Luminosity kini membuat pelaburan dengan mengambil pemain yang berasal daripada Brazil sebagai skuad terbaru mereka.



Pemain yang diambil ini mempunyai pengalaman bermain permainan bergenre Battle Royale seperti H1Z1. Menurut pengasas Luminosity, Steve Maida, organisasi itu sudah memperoleh $140,000 daripada kejohanan battle royale membatkan mereka yakin dengan pelaburan ini.

Luminosity PUBG Brazil:

  • aXt
  • Tecnosh
  • yeTz
  • SkipNhO

Sumber : Luminosity
Dikuasakan oleh Blogger.