Immortals Rasmi Tandatangani Pasukan Dota 2 - Team Phoenix



Team Pheonix, pasukan yang dibarisi oleh bekas pemain pasukan MVP.Phoenix  kini rasmi akan bermain dibawah organisasi Immortals. Pengambil alihan ini juga memperlihatkan penyertaan organisasi tersebut buat pertama kalinya didalam arena esukan Dota 2.

Immortals merupakan sebuah organisasi yang berpengkalan di Amerika Utara, iaitu di bandaraya Los Angeles. Immortals merupakan antara nama besar didalam arena esukan dan mempunyai pasukan didalam pelbagai permainan seeprti League of Legends, Vainglory, Overwatch, Smash dan CS:GO.

Walaupun pasukan ini berasal dari Korea Selatan, mereka akan bermain di rantau Amerika Utara bagi msuim kompetitif 2017/2018 ini. Antara kejayaan yang pernah dicapai pasukan ini adalah dengan memperoleh tempat ke 5/6 di kejohanan The International 2016 dan The Manila Major.

Roster :

  • Kim "DUBU" Doo-young
  • Lee "Forev" Sang-don
  • Kim "QO" Seon-yeob
  • Kim "Febby" Yong-min
  • Pyo "MP" No-a






Sumber : Immortals
Dikuasakan oleh Blogger.