Global Electronic Sports Championship Akan Anjur 4 Kejohanan Dota 2 Bertaraf Minor Di Asia Tenggara

E-Series - Siri 4 kejohanan Dota 2 bertaraf minor akan dianjurkan pada tahun hadapan di Asia Tenggara. Dibawah anjuran Global Electronic Sports Championship (GESC), E-Series akan diadakan di empat buah negara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sepertimana kejohanan bertaraf minor lainnya, 4 kejohanan ini juga akan menawarkan hadiah berjumlah USD300,000 (~RM 1.2 Juta). Kejohanan pertama E-Series akan diadakan di Singapura pada 12 sehingga 14 Januari 2018. E-Series kemudiannya akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2 - 4 Mac 2018. Pada bulan yang sama, kejohanan ketiga akan dianjurkan di Bangkok, Thailand iaitu pada 16 - 18 Mac. Kejohanan terakhir pula akan diadakan pada 13 sehingga 15 Mei di Jakarta, Indonesia.



Sumber : GESC
Dikuasakan oleh Blogger.