Fear Keluar Dari Persaraan - Kembali Sertai Evil Geniuses



Selepas mengumumkan bahawa Ludwig "zai" Wåhlberg telah meninggalkan pasukan, Evil Geniuses kini mengesahkan bahawa Clinton "Fear" Loomis kini telah kembali menyertai pasukan tersebut. Fear sebelum ini mengumumkan persaraan beliau sebagai pemain dari dunia kompetitif pada bulan September 2016.

Semenjak bersara, Fear telah menjadi jurulatih bagi pasukan Evil Geniuses. Fear akan mengisi posisi 5 bagi pasukan tersebut dan memegang jawatan sebagai kapten dan drafter pasukan. Andreas "Cr1t-" Nielsen, yang sebelum ini bermain di posisi tersebut pula akan bertukar ke posisi 4.

Evil Geniuses Dota 2:

  • Artour "Arteezy" Babaev
  • Sumail "SumaiL" Hassan
  • Saahil "UNiVeRsE" Arora
  • Andreas "Cr1t-" Nielsen
  • Clinton “Fear” Loomis

Sumber : Evil Geniuses
Dikuasakan oleh Blogger.