Zeus Meninggalkan Gambit Esports - Kembali Sertai Natus Vincere

Foto : NaVi

Tamatnya kejohanan PGL Major Krakow memperlihatkan beberapa organisasi saling melakukan perubahan pemain pada  pasukan mereka. Natus Vincere hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan penambahan ahli pasukan CS:GO mereka.

Pengumuman ini menyaksikan bahawa Danyl "Zeus" Teslenko, pemain bagi pasukan Gambit Esports yang baru sahaja menjuarai kejohanan PGL Major Krakow kembali menyertai pasukan NaVi. Zeus yang pernah bermain untuk pasukan NaVi berpindah kepada pasukan Gambit pada bulan Oktober tahun lalu.

Selain daripada itu, NaVi turut mengumumkan bahawa Denis "seized" Kostin akan kembali bermain untuk pasukan itu bagi posisi pertahanan yang dimainkan beliau sebelum ini. Pasukan itu akan berkumpul di rumah pasukan mereka untuk berlatih bersama sama bagi menyertai kejohanan  ESL ESEA Pro League Musim Ke-6.


Pasukan CS:GO Natus Vincere :

  • Danyl "Zeus" Teslenko
  • Ioann "Edward" Sukhariev
  • Oleksandr "s1mple" Kostyliev
  • Egor "flamie" Vasilev
  • Denis "seized" Kostin
  • Mykhailo "Kane" Blagin (Jurulatih)

Sumber : Natus Vincere
Dikuasakan oleh Blogger.