Valve Kemaskini Laman Rasmi Dota 2 - Muat-naik Trailer Terbaru Permainan Itu



Syarikat permainan popular, Valve dilihat mula menambah usaha mereka untuk menarik pemain baru agar mencuba permainan popular mereka Dota 2. Laman rasmi permainan tersebut telah pun dikemaskini dengan penambahbaikan grafik dan trailer terbaru.


Paparan terbaru laman rasmi Dota 2

Laman tersebut kini memfokuskan kepada kelebihan permainan tersebut perbanding dengan permainan lain didalam genre yang sama. Mereka turut memaparkan trailer terbaru permainan tersebut yang mengajak pemain untuk bersama sama menyertai pertarungan didalam dunia Dota 2.





Selain daripada penambahbaikan ini, Valve turut sama mengumumkan beberapa penambahbaikan utnuk pemain baru ketika mula bermain permainan Dota 2. Kini, jumlah hero yang boleh dimainkan oleh pemain baru akan dihadkan kepada 20 sahaja. Hero hero ini dipilih kerana mereka dapat membantu pemain baru memahami corak permainan Dota 2 dengan lebih baik.

Pemain baru juga hanya akan diletakkan didalam perlawanan bersama sama dengan pemain yang mempunyai rekod kelakuan yang baik. Pihak Valve menegaskan bahawa pemain baru harus mempunyai pengalaman permainan yang baik supaya mereka mahu kekal bermain.


Sumber : Dota 2 PlayDota 2
Dikuasakan oleh Blogger.