Team SoloMid, Cloud9 Antara Pasukan Yang Dijemput Menyertai Gamescom PlayerUnknown's Battlegrounds Invitational



Selepas mengumumkan kejohanan Gamescom PlayerUnknown's Battlegrounds Invitational pada minggu lalu, kini ESL mula mengumumkan pasukan yang telah dijemput untuk bertanding pada kejohanan tersebut.

Antara organisasi ternama yang telah dijemput menyertai kejohanan ini adalah Team SoloMid dan Cloud9. Pasukan TSM juga merupakan pasukan yang baru sahaja ditubuhkan tidak lama lalu. Dengan perkembangan permainan ini yang semakin pesat, dilihat beberapa orgainsasi esukan lain turut sama berminat untuk menubuhkan pasukan mereka sendiri.



Gamescom PlayerUnknown's Battlegrounds Invitational akan berlangsung pada acara Gamescom di Colonge, Germany. Kejohanan itu akan berlangsung selama tiga hari bermula  24 sehingga 27 Ogos ini. Selain daripada Cloud9 dan TSM, pasukan lain yang telah disahkan akan menyertai kejohanan ini adalah  Team NEED LOOT dan Team ChuckleNuts.


Sumber : ESLPUBG


Dikuasakan oleh Blogger.